SHAH ALAM – Dua pekerja kilang maut manakala 18 orang pekerja yang lain cedera akibat kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Seksyen 36, Shah Alam yang berlaku pada kira-kira jam 5 pagi, 13 Ogos yang lalu.
Dua pekerja kilang ais itu maut di tempat kejadian selepas terhidu gas ammonia yang telah mengalami kebocoran di kilang tersebut.

Kredit : FMT
Malay Mail melaporkan melalui kenyataan Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamaruddin berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam telah dikejarkan ke tempat kejadian yang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.12 pagi. Setiba di tempat kejadian dua orang mangsa dipercayai warga India dengan identiti mereka masih belum dikenal pasti telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk dibedah siasat. Sementara itu, 18 orang pekerja kilang warga asing yang cedera telah dihantar ke beberapa buah hospital iaitu 5 di HTAR, 6 di Hospital Shah Alam, 3 di Hospital Sungai Buloh dan 4 di Hospital Banting bagi menerima rawatan lanjut.

Kredit : Malay Mail

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Azmel, “Kedua-dua pekerja yang maut dipercayai telah terhidu secara terus gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika mereka sedang melakukan kerja rutin.”
Malaysiakini melaporkan, pihak bomba menemui kebocoran gas ammonia dari salah satu tangki dari lima mesin ais yang terdapat di dalam kilang. Kandungan ammonia yang telah diperiksa didapati sangat tinggi iaitu 500 ppm (parts per million) berbanding dengan bacaan normal iaitu 50 ppm dan ke bawah.
Menurut Bernama, pekerja yang cedera mengalami masalah sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata kerana kandungan gas ammonia yang sangat tinggi bacaannya telah tercemar di udara.
Kredit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor / Malaysiakini
Timbalan Penguasa Bomba Azmel dalam pada itu berkata, pihaknya juga telah mengambil langkah mengarahkan penduduk di kawasan perumahan berdekatan supaya keluar dari premis masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kandungan kebocoran gas ammonia yang tinggi, tetapi sehingga kini tiada sebarang aduan yang diterima daripada penduduk yang terbabit.
Sebuah sekolah berdekatan kilang ais tersebut, SJKC Chung Hwa telah diarahkan tutup pada 13 Ogos sebagai langkah keselamatan.
Setakat ini pihak bomba telah berjaya mengurangkan kuantiti kebocoran gas ammonia kepada separuh iaitu kurang 250 ppm di dalam kilang berkenaan dan kualiti udara di luar kilang telah kembali normal.
Kredit : Front Desk
Menurut New Straits Times, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam kenyataannya berkata beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan agensi berkaitan untuk memeriksa kilang ini dan memastikan langkah-langkah diambil bagi menjaga keselamatan penduduk sekitar.
Kejadian kebocoran gas ammonia di kilang ais ini adalah kejadian kali kedua yang telah berlaku selepas kejadian pada bulan Mac yang lalu.
Sumber : Bernama , Malay Mail, Malaysiakini, New Strait Times, SAYS