Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Sidoarjo, Indonesia meninggal dunia selepas secara tidak sengaja dilanggar oleh bapanya minggu lalu. Bapa kanak-kanak malang yang dikenal pasti sebagai KF menurunkan anak perempuannya, MS, di sekolah pada hari Rabu, 25 Julai.
Kredit: Okezone
Tanpa disedari oleh KF, anak perempuannya berjalan di hadapan kereta dan dia tidak sengaja melanggar anaknya itu. MS terperosok ke bawah tayar kanan depan, dan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital, menurut laporan Coconuts Jakarta.
Pihak polis Indonesia mengesyaki bahawa lelaki itu tidak menyedari anak perempuannya berada di hadapan kereta kerana dia terleka bermain telefon. Disebabkan itu, KF mungkin akan dituduh kerana kecuaian untuk kematian anaknya sendiri.
“Itu jelas kecuaian, dia boleh didakwa dengan Perkara 359,” kata jurucakap Polis Jawa Timur Frans Barung Mangera memetik Okezone.
Frans merujuk kepada Artikel 359 KUHP (Kanun Keseksaan), yang menyatakan bahawa jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum sehingga lima tahun penjara.
Insiden ini membuat ahli keluarganya terkejut dan belum membuat laporan polis.